Isnin, 23 Februari 2015

NATURE GUIDE SERVICE(TTB)

Kami menawarkan khidmat guider berlesen untuk gunung ganang sekitar Pahang dan Selangor.Aktiviti berkumpulan atau individu.Menguruskan tentetif dan program pendakian.
Kami juga akan menguruskan perihal berkaitan:
-permit jabatan perhutanan
-laporan balai polis setempat
-khidmat nature guide berlesen(TOURIST GUIDE)
-kit petubatan dan bantuan kecemasan
-penggunaan radio amatur
-sewa kemah

Gunung sekitar Cameron highland:
-Yong belar
-warpu
-sweetham
-yellow & pass
-suku
-irau
-brinchang
-berembun
-jasar
-mentigi
-duri
-chantik & chintuk
-trans jergging

Trail dan Gunung sekitar Freaser Hill:
-pine tree hill & twin peak
-ulu semangkuk
-gap
-bishop trail
-bukit kutu
-kuala medang water fall

Sekitar Selangor:
-gunung nuang (via pangsoon & janda baik)
-bukit broga
-bukit apek(saga)
-bukit gasing
-gunung bunga buah genting highland


Hubungi Andy 017-9997790
CALL/SMS/WHATAPSS
atau add fb kami TEBING TINGGI BACKPACK


Khamis, 13 November 2014

GUIDE SERVICE FOR ALL OVER CAMERON HIGHLAND MOUNT(IRAU)

Kami menawarkan khidmat mountain guide untuk gunung sekitar cameron highland.
Kami juga sedia menguruskan tempahan kem site serta pengangkutan dari tempat penginapan ke starting point mendaki.
TEBING TINGGI BACKPACKER juga adalah persatuan yang kerap menganjurkan program NIGHT HIKING untuk gunung irau dan berembun di Cameron Highland.
Hubungi
ANDY 017-9997790
CALL/WATAPS/SMS

Isnin, 23 Jun 2014

MENDAKI MALAM HARI BERSAMA STUDENT UPM

Assalammualaikum...
Alhamdullilah sekali lagi dgn izinNya kami TTB diberi kepercayaan utk menjadi pemandu arah kepada pelajar UPM serdang untuk mengintai keindahan mentari pagi di puncak irau.Sebenarnya kesempatan yg ada ini hanya kebetulan semata, dimana tarikh mendaki yg di usulkan oleh budak UPM ini jatuh pada hujung minggu yg mana x sempat utk sy (andy)regroup ahli TTB utk turun sekali...mohon maaf pd semua ya gang TTB...huhuhu..
Maka dgn itu sy terpaksa pecut sendiri ke cameron dan kebetulan pada tarikh itu(21 jun 2014) saudara Ja a.k.a LaiTer Biru ada di kem site sg.Pauh..jadi dgn bantuan Tok Batin sg.Pauh ini sy dpt menjalankan job dgn lancar...alhamdullilah.

Kami bermula di starting point mossy brinchang pada jam 2am...dgn sedikit kalimat ringkas serta panduan keselamatan dari guiders,maka dgn lafaz bismillah...kami memulakan langkah pendakian ke puncak irau...syukur trek kering (mungkin penangan elnino) proses pendakian menjadi lancar...kesemua peserta seramai 14 orang (5 leaki dan 9 perempuan) hampir separuh dari mereka adalah pendaki baru dan selebihnya ada pengalaman mendaiki beberapa gunung sebelum ini.Berbekalkan head lamap kami meredah laluan irau ...pada pendapat aku,pendakian waktu malam lebih santai dan kurang terasa penatnya...ini mgkn disebabkan pandang mata yg terhad pada setiap langkah,buka keseluruhan trek yg membuatkan mind set kita x terpsyco dgn trek yg mencanak...ini pandangan peribadi aku la( betulkan aku kalau aku salah)


Meredah terk dgn kepekatan malam bagi aku sangat mendamaikan, di tambah dengan kesejukan yg mencapai 14ยบ sememangnya sangat membuat aku teruja.Aku bertindak backer dan Ja sebagai leader...alhamdullilah tiada kejadian yang tidak di ingini berlaku sepanjang pergi dan balik...sesungguhnya hal keselamatan mmg aku dahulukan dari semua aspek lain...dakilah mana2 gunung dan redah lah mana2 denai pun ...mmg soal keselamatan x pernah aku berkompromi.Aku jugak selesa berurusan dgn group HRAT UPM ni,ini kerana dgn pengurusan dan displin mereka membuatkan segala aktiviti pendakian ituberjalan lancar.TAHNIAH dari kami
Pada jam 4am kami selamat tiba di false peak mini irau...disini kami rehat selama 15minit ...rata2 dari mereka brebual mengenai perjalanan yg baru ditempuhi tadi...hampir kesemua dari mereka mengaku ininadalah pengalaman pertama mendaki waktu malam...senang aku melihat kesungguhan mereka.
Dari mini irau ini aku dan ja bermalas sambil melihat kerlipan bintang malam...Subhanallah!!! Sesungguhnya melihat bintang dengan suasana yg TOTAL gelap sememangnya INDAH!! hampir tidak berkelip mata aku melihat kelangit....dan aku teringat pd ramadhan yg bakal tiba....seraya aku berdoa dlm monolog gombol sang hati...waicehhhh hehehe....moga aku dipilih menjadi tetamu ramadhan kali ini...Ya Allah!!
Jauh2 aku cuba bawak perasaan aku ....lantaran mata kedada langit...ingatan aku melayang entah kemana...jgn diajak bercerita ttg dosa...jgn diajak berdiakusi pasal pahala....aku ini perlu banyak diperbaiki...masih banyak....masih banyak...
Angakt sauhhhhh!!!!! Hanpeh ja...tersentap aku....ok balik kepada cerita asal....kami bergerak kepada fasa kedua...Puncak irau!!! Setiap peserta aku kira...cukup!! Jadi langkah dimula...susun aturnya ttp serupan...aku belakang ja didepan...naik turun naik turun dan akhirnya kami sampai puncak dgn selamat pada jam 6am...usai solat subuh...maka kami guiders pun kembali melabuh sauh...semantara group UPM membuat xtvt bebas.



Aku x dpt lelapkan mata sebenarnya ,hanya melayan badan dgn balutan sweater pemberian ja...thanks bro!! Aku mmg melengang naik kali ni sbb min alif lam sin nak bwk backpack heheh....group UPM dah start main masak2 ..aku n ja pulak satu hapah pun x bwk makana ...hambikkk ko...teguk air kosong je la...ada pun nilai2 kemanusiaan yg di tunjukkan oleh budak UPM ni mmg amat aki hargai...biskut pun dah mampu buat aku terssnyumm...hehehe..alhamdullilah syukur dgn rezeki Allah....aku belajar bersyukur dgn apa jua pemberiaNya...aminn!!
KIta merancang...sesungguhnya Allah adlh sebaik-baik perancang...mentari yg diharapkankabus pula yg bertandang...alahaiii...bersabarlah setiap hati yg berada dipuncak irau ini...sehingga jam 8am masih kelam pagi di sini....akhirnya aku buat keputusan ...jam 830am terpaksa angkat sauh...masih bersisa lagi tugasan aku yg perlu diseleaaikan...ini perlu aku segerkan...x boleh tidak...alhamdullilah kecerahan dalam perjalanan turun gunung ini, membuatkan mereka berpuas hatindgn tril kali ini...lord of the ring dpt mengubat hati mereka ...dan mereka setuju dgn apa yg mereka lihat...syukur....tiada hati yg terluka...hahahah...
Jam 1230pm kami sampai starting point...nampak kelewatan disituu....haaa ni semua akibat selfi n bergambar dgn lumut....x apalah asalkan mereka puas hati....aku juga tumpang gumbiraaa....
Setelah berjabat tangan dan mengucapkan salam...maka berakhirlah tugasan aku dan ja disini...aku pecut balik dan masih ada berbaki sehari lagi utk ja di cameron katanya...ada tugasan mwmbawa budak sekolah ke gunubg berembun....gud luck ja...ada umur dan ketika ,kita jumpa lg...insyaallah cameron ttp titik ukwah kita...
Sekalung tahniah buat HRAT UPM kerana berjaya sampai puncak irau...senaang berurusan dgn kalian. Assalammualaikum

Rabu, 11 Jun 2014

BACKPACK KE PULAU KAPAS


Pada tarikh yang dah pun aku lupa..kami bertiga (aku hafiz n mirul) yang kebetulan memasing cuti,buat urgent plan ...lokasi??? Dlm kepala aku mmg nak layan low land la...x larat weii nak hiking...sbb baru lepas turun pine tree hill di freaser.So aku cadang la kat diaorg utk ke pulau kapas tganu.Apis n mirul mmg jenis x ckp bnyak n on je.So kami pun packing brg n gerak..duit just ada total rm500( cukup utk 3 org?) Haaa mmg cabaran ini lah yg kami suka lalui.Kami tubuhkan TTB sbnarnya utk mewujudkan satu konsep backpack yg pure...yang rare...yang serba kurang....yang x selesa...yang survive...n yang paling penting yang sentiasa belajar utk IKTHIAR hidup...malah kami akn tngalkan semua ATM kad sblm travle...hanya bwk duit yg diperuntukan saja demi mengelakan kaminmemilih jalan singkat ketika diuji dlm kembara nanti.


Macam biasa pengangkutan utama kami ditaja oleh bas sangkut-sangku heheh.Jimat n blh jumpa ntgk gelagat org ramai(ni cara nak save bajet derr) so dari temerloh ke bandar maran. Sampai maran ambik bas ke kuantan. Sampai kuantan ambik bas ke kemaman.
Kami bermalam d kemaman(biasanya kami akn check in kat area sungai atau tasik) sbb x bnyak ganguan n jauh dari orang ramai.
Malam tu kami layan masak nasi dlm mesti n semestinya lauk  itali...bull eye egg n soy sauce a.k.a telo mata kerbau n kicap hahahaha.....asal kenyang sudah alhamdullilahhh
Biasanya mlm kami di penuhi dgn xtvt merayap n berkenalan dgn local.borak n bercerita bg aku INI LIFE ...bg aku la...org lain aku x tau....aku suka mendengar org becerita...cuma pandai2 la kita filter sendiri setiap input yg dtg...coz x semua blh kita hadam.
Cara ni juga buat aku MELIHAT dgn lebih dekat ciptaan Illahi...subhannallah!!! Sesungguhnya ciptan setiap Makhluk Allah s.w.t amat indah dan istimewa....sukar utk akuyg x pandai menulis ni utk gambarkan...aturan dan perjalannya begitu sempurna sekali.
Hari berikutnya kami bertolak daei kemaman dan terus ke marang ,juga naik bas sangkut2....alhamdullilah sampai juga, maaflah sbb dlm atikel ini aku x dpt nak detailkan timing sbb mmg dah lupa waktu sbb x buat note pun heheh...
Seingat aku kami x dpt nak ke terus ke pulau kapas hari sbb dah lewat malam kami tiba..so terpaksa setup tent kat jeti marang..mmg ada backpack dorm tp x termasuk dlm agenda kami...emmm buat pengetahuan uolsss kami mandi di surau2 yg berdekatan n kelihatan...lazimnya kami akn sedekah seberapa yg mampu sbb dah guna air dan kemudahan di surau2 yang kami singgah.Ini aku rasakan MESTI sbb x sedap pulak dgn hanya mengguna tapi tidak pula berbayar....
Banyak pulak nyamuk di jeti marang ni waktu dinihari...aku harus akui hal ini kerana langsung x dpt lelapkan mata ,lantaran nyamuk ninggggg nonggggh dkt telinga...





Kemah di atas adlah kemah rasmi kami...x mahal pun rm39.90 beli kat giant...tp besar dah jasanya pd kami....smapai d pulau mmg lengang sbb bukan holiday season...so dah jadi mcm bapak kami punya pulau lerrrr....pendekan cerita mirul ada bwk pancing, apis pulak jumpa kayak....so selamberre mancing ...dpt ikan dgn hanya berumpankan roti kepal je ...ikan area karang ni mmg warnaa warni...selagi ikan mmg blh mkn...kecuali buntal...
Esoknya kami plan nak around hiking belakang pulau kapas....x besar mana pulau ni cuma sebelah belakangya x ada port utk buat camp site....berbatu dan sangat terbuka...kalau ada  ombak n ribut mmg masakkkk laaa....strting pointnya mudah....d bahagian hadapan pulau ada kawasan DB TNB haaa anda akn nampak pekuburan islam( kata org itu kubur penduduk terawal pulau kapas) kubur lama ....dari situ ambik masa +-30 minit kalau x melengang mak ayong lerrr...meh aku lanje pic "the other side of kapas island".
Kami stay d pualu 3h2m jadi mmg bnyak xtvt yg kami dah buat....sambil2 aku layan ocean breez pegghhh....mmg tenang je rasa, aku manafaatkan waktu begini utk menenangkan otak,flash back, n kebanyakan waktu membaca...alhamdillilah setiap trip kami , kami x abaikan temujanji dgn PENCIPTA ...
Hari terakhir kami balik ke tanah besar (sebetulnya aku ada kenalan yg mempunyai bot sewa utk ke pulau kapas) kenalan semasa aku bekerja di pulau kapas suatu masa dahulu...en.adi (adi pulau)...so kami kepulau free hehehhee....save bajet!!
Ok sekian saja lah catatan aku utk cerita pulau kapas....aku dah min alif lam sin sebenarnya....assalammualaikum

Khamis, 5 Jun 2014

GROUP IKIP KOLEJ KE GUNUNG IRAU

Alhamdullilah syukur sy panjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana dgn izin Nya maka bernafas lagi sy utk berkongsi cerita ttg hidup dan pengalaman...

Assalam'mualaikum....
Baru-baru ini kami di TTB telah di beri kepercayaan oleh pendaki dari KELAB YARMUK IKIP KUANTAN untuk menjadi pemandu arah ke puncak gunung irau cameron highland.Syukur juga merka selamat semasa mendaki dan juga selamat semasa menuruni.Taniah dari kami di TTB kerana kesemua mereka seramai 46 pendaki BERJAYA menawan puncak irau.
Segala prosedur berkaitan pendakian telah kami sediakan ini meliputi permit jabatan perhutanan ,laporan balai polis serta guide yg berlesen serta "natural guide".Terima kasih juga kami panjangkan kepada saudara JA a.k.a laiter biru(fb) kerana sudi menjadi guide kepada group UITM shah alam yang mana kebetulan juga menggunakan khidmat kami pada hari yang sama.Kepada en.Rizal(ranjer perhutanan cameron highland dan raub) juga banyak membantu kami dalam memudahkan urusan tapak perkemahan serta permit perhutanan.

Perjalanan mendaki sebenarnya hanya mengambil masa 2-3 jam..tapi d sebabkan jumlah pendaki ramai jadi kami terpaksa membahagikan kepada 2 group.Alhamdullilah adik2 dan abang2 dari kolej ni mmg steadyyy...hampir semua staminanya terbaikkk...
Cuma waktu pendakian menjadi panjang iatu 4-5 jam...tapi itu x menjadi hal...yg penting semua sampai ouncak n turun dgn SELAMAT....KESELAMATAN  adalah aspek UTAMA kami.
GUNUNG IRAU...kami di TTB sebenarnya amat kecewa dgn tahap kebersihan...maka kami disini sangat2 merayu kepada semua pendaki dan bakal pendaki agar membawa keluar semua sampah waima secerbis bungukusan gula2 sekalipun ....kami TTB telah pun melakukan usaha kecil dgn membawa haversack kosong dan turun dgn haversack yg sarat dgn sampah...namun apalah daya kami seramai 6 orang ini.....kalaunnak dibandingkan dgn  jumlah sampah kesemua "pendaki pengotor" yg datang ke irau ini....kita ni dah cukup saratdikelilingi sampah setiap hari....makanya biarlah gunung dan hutan yang ada ini bersih dari sampah....kalau tidak utk kita setidak-tidaknya utk ank cucu kita...
Sy akui mmg sentap bila tgk sampah d puncak irau dan gunung2 lain....
Lari topik lakkk dahh....hehehe

Okeyyy...pic di atas adalah sebahagian dari taklimat yg disampaikan oleh para guider.Thanks tu bro hafiz jb,mirul temerloh,medan tj,abg raof kl,hussin mentakab serta ja aka laiter biru.Kerjasama anda amat kami hargai.Kesemua mereka telah berkemah d KEM SG.PAUH.
Sekian saja coretan kali ini...insyaaallah ada kelapangan akan aku update lg blog ini..
Wassalam

TEBING TINGGI BACKPACK
GUIDE SERVICE
ANDY 017-9997790

Jumaat, 30 Mei 2014

hidup ini fatamorgana broo!!

Assalammuaalikum.....
Dengan izin Allah s.w.t saya yang baru bertatih dan hingusan dalam dunia penulisan ini juga terpanggil untuk menulis....moga permulaan ini adalah titik tolak dlm saya mencari ukwah dan siratulrahim di luar sana.

TEBING TINGGI BACKPACK asalnya adalah satu nama tempat di salah sebuah dearah di Temerloh Pahang.Iatu Kg.Lebak Tebing Tinggi.Tercetusnya idea ini apabila kami bertiga (sepupu) Andy,Mirul dan Hafiz yang sememangnya gilakan aktiviti travel n hiking(backpack style) bercamping di hutan lipur bekalah Maran,mula merasakan untuk menjadikan aktiviti ini suatu hobi yang serius .Sayangnyaaaa....x semua trvelog kami sebelum ini dapat dirakam dalam bentuk gambar maupun tulisan(sebahagian lagi masih ada).Maka kami sepakat menubuhkan group ini.Alhamdullilah ketiga'tiga kami telah pun "khatam" G7 di seluruh Semenanjung Malaysia serta Kinabalu.Gunung ganang yang lain x perlulah saya nyatakan disini.
TEBING TINGGI BACKPACK kini mempunyai ahli tetap seramai 35 orang,rata-ratanya berasal dari Pahang.Kami sangat mengalu-alukan jika ada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli(percuma je).Group ini tidak bermotifkan keuntungan tetapi lebih kepada pekongsian mklumatt serta idea.Insyaallah segala ilmu dan idea yang bermanafaat kita boleh kongsikan bersama.Anda juga boleh ADD kami di TTB fb.segala aktiviti yang sedang dan yang sudah kami jalankan sebelum ini.
ALHAMDULLILAH juga kami panjatkan kehadrat Illahi kerana dgn izin Nya kami selamat dalam mengharungin pahit getir hidup dalam dunia "BACKPACKER" telah kami jelajah dari negeri nunnnn diselatan(johor) hingga ke tuuuu diatas bahagian utara (perlis) dgn berbekalkan rm1700 bermula dari johor kami berjalan, naik bas sangkut-sangkut, tumpanglori , tumpang kereta,masuk bandar,masuk kampung, akhirnya selama 3minggu kami berjaya melengkapkan pejalanan kami untuk melihat betapa indahnya ciptaan bumi Allah s.w.t ini...utk melihat betapa cantiknya jalur warna kehidupan masyarakat malaysia ini.Segala perancangan di buat dgn teliti dan alhamdullilah keluarga kami memberibsokongan yang tidak berbelah bagi.Kepercayaan keluarga dgn apa yang kami sedang lakukan adlah "ENERGY BAR"buat kami.
Saya rasa setakat ini sahaja dahulu tulisan saya ,insyaallah jika ada kelapangan saya akan update segala xtvt TEBING TINGGI BACKPACK di sini.
Jalan...jalan....jalannn...dan blh jalannn daa

pine tree hill

Irau starting point

Backpack to cotton island

dari ringlet sampai kg.raja (jasar perdah berembun brinchang irau pass yellow kg.raja)

Aku SAYANG IRAU

pine tree again...