Dengan izin Allah s.w.t saya yang baru bertatih dan hingusan dalam dunia penulisan ini juga terpanggil untuk menulis....moga permulaan ini adalah titik tolak dlm saya mencari ukwah dan siratulrahim di luar sana.
TEBING TINGGI BACKPACK asalnya adalah satu nama tempat di salah sebuah dearah di Temerloh Pahang.Iatu Kg.Lebak Tebing Tinggi.Tercetusnya idea ini apabila kami bertiga (sepupu) Andy,Mirul dan Hafiz yang sememangnya gilakan aktiviti travel n hiking(backpack style) bercamping di hutan lipur bekalah Maran,mula merasakan untuk menjadikan aktiviti ini suatu hobi yang serius .Sayangnyaaaa....x semua trvelog kami sebelum ini dapat dirakam dalam bentuk gambar maupun tulisan(sebahagian lagi masih ada).Maka kami sepakat menubuhkan group ini.Alhamdullilah ketiga'tiga kami telah pun "khatam" G7 di seluruh Semenanjung Malaysia serta Kinabalu.Gunung ganang yang lain x perlulah saya nyatakan disini.
TEBING TINGGI BACKPACK kini mempunyai ahli tetap seramai 35 orang,rata-ratanya berasal dari Pahang.Kami sangat mengalu-alukan jika ada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli(percuma je).Group ini tidak bermotifkan keuntungan tetapi lebih kepada pekongsian mklumatt serta idea.Insyaallah segala ilmu dan idea yang bermanafaat kita boleh kongsikan bersama.Anda juga boleh ADD kami di TTB fb.segala aktiviti yang sedang dan yang sudah kami jalankan sebelum ini.
ALHAMDULLILAH juga kami panjatkan kehadrat Illahi kerana dgn izin Nya kami selamat dalam mengharungin pahit getir hidup dalam dunia "BACKPACKER" telah kami jelajah dari negeri nunnnn diselatan(johor) hingga ke tuuuu diatas bahagian utara (perlis) dgn berbekalkan rm1700 bermula dari johor kami berjalan, naik bas sangkut-sangkut, tumpanglori , tumpang kereta,masuk bandar,masuk kampung, akhirnya selama 3minggu kami berjaya melengkapkan pejalanan kami untuk melihat betapa indahnya ciptaan bumi Allah s.w.t ini...utk melihat betapa cantiknya jalur warna kehidupan masyarakat malaysia ini.Segala perancangan di buat dgn teliti dan alhamdullilah keluarga kami memberibsokongan yang tidak berbelah bagi.Kepercayaan keluarga dgn apa yang kami sedang lakukan adlah "ENERGY BAR"buat kami.
Saya rasa setakat ini sahaja dahulu tulisan saya ,insyaallah jika ada kelapangan saya akan update segala xtvt TEBING TINGGI BACKPACK di sini.






