Alhamdullilah syukur sy panjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana dgn izin Nya maka bernafas lagi sy utk berkongsi cerita ttg hidup dan pengalaman...
Assalam'mualaikum....
Baru-baru ini kami di TTB telah di beri kepercayaan oleh pendaki dari KELAB YARMUK IKIP KUANTAN untuk menjadi pemandu arah ke puncak gunung irau cameron highland.Syukur juga merka selamat semasa mendaki dan juga selamat semasa menuruni.Taniah dari kami di TTB kerana kesemua mereka seramai 46 pendaki BERJAYA menawan puncak irau.
Segala prosedur berkaitan pendakian telah kami sediakan ini meliputi permit jabatan perhutanan ,laporan balai polis serta guide yg berlesen serta "natural guide".Terima kasih juga kami panjangkan kepada saudara JA a.k.a laiter biru(fb) kerana sudi menjadi guide kepada group UITM shah alam yang mana kebetulan juga menggunakan khidmat kami pada hari yang sama.Kepada en.Rizal(ranjer perhutanan cameron highland dan raub) juga banyak membantu kami dalam memudahkan urusan tapak perkemahan serta permit perhutanan.
Perjalanan mendaki sebenarnya hanya mengambil masa 2-3 jam..tapi d sebabkan jumlah pendaki ramai jadi kami terpaksa membahagikan kepada 2 group.Alhamdullilah adik2 dan abang2 dari kolej ni mmg steadyyy...hampir semua staminanya terbaikkk...
Cuma waktu pendakian menjadi panjang iatu 4-5 jam...tapi itu x menjadi hal...yg penting semua sampai ouncak n turun dgn SELAMAT....KESELAMATAN adalah aspek UTAMA kami.
GUNUNG IRAU...kami di TTB sebenarnya amat kecewa dgn tahap kebersihan...maka kami disini sangat2 merayu kepada semua pendaki dan bakal pendaki agar membawa keluar semua sampah waima secerbis bungukusan gula2 sekalipun ....kami TTB telah pun melakukan usaha kecil dgn membawa haversack kosong dan turun dgn haversack yg sarat dgn sampah...namun apalah daya kami seramai 6 orang ini.....kalaunnak dibandingkan dgn jumlah sampah kesemua "pendaki pengotor" yg datang ke irau ini....kita ni dah cukup saratdikelilingi sampah setiap hari....makanya biarlah gunung dan hutan yang ada ini bersih dari sampah....kalau tidak utk kita setidak-tidaknya utk ank cucu kita...
Sy akui mmg sentap bila tgk sampah d puncak irau dan gunung2 lain....
Lari topik lakkk dahh....hehehe
Okeyyy...pic di atas adalah sebahagian dari taklimat yg disampaikan oleh para guider.Thanks tu bro hafiz jb,mirul temerloh,medan tj,abg raof kl,hussin mentakab serta ja aka laiter biru.Kerjasama anda amat kami hargai.Kesemua mereka telah berkemah d KEM SG.PAUH.
Sekian saja coretan kali ini...insyaaallah ada kelapangan akan aku update lg blog ini..
Wassalam
TEBING TINGGI BACKPACK
GUIDE SERVICE
ANDY 017-9997790




Tiada ulasan:
Catat Ulasan